Ismail
berusia belia ketika memulai perjalanannya menuju Allah s.w.t. Ibunya
membawanya dan menidurkannya di atas tanah, yaitu tempat yang sekarang
kita kenal dengan nama telaga zamzam dalam Ka'bah. Saat itu tempat yang
dihuninya sangat tandus dan belum terdapat telaga yang memancar dari
bawah kakinya. Tidak ada di sana setitis air pun. Nabi Ibrahim
meninggalkan isterinya, Hajar, bersama anaknya yang kecil. "Wahai
Ibrahim ke mana engkau hendak pergi dan membiarkan kami di lembah yang
kering ini?" Kata Hajar. "Wahai Ibrahim di mana engkau akan pergi dan
membiarkan kami? Wahai Ibrahim ke mana engkau akan pergi?" Si ibu
mengulang-ulang apa yang dikatakannya. Sedangkan Nabi Ibrahim diam dan
tidak menjawab. Kita tidak mengetahui secara pasti bagaimana perasaan
Nabi Ibrahim saat meninggalkan mereka berdua di suatu lembah yang tidak
ada di alamnya tumbuh-tumbuhan dan minuman. Namun Allah s.w.t telah
memerintahkannya untuk tinggal di lembah itu. Dengan lapang dada Nabi
Ibrahim melaksanakan perintah Allah s.w.t.
Dalam kisah-kisah
israiliyat (kisah-kisah palsu yang dibuat oleh Bani Israil) disebutkan
bahawa isteri pertamanya, Sarah, tampak cemburu pada Hajar, isteri
keduanya, sehingga kerananya Nabi Ibrahim harus menjauhkannya beserta
anaknya. Kami percaya bahawa kisah ini palsu dan penuh dengan
kebohongan. Jika kita mengamati keperibadian Nabi Ibrahim, maka kita
mengetahui bahawa beliau tidak akan mendapat perintah dari seorang pun
selain Allah s.w.t.
Kami tidak meyakini bahawa beliau
terperangkap dalam perasaan kecemburuan feminisme dan kami juga tidak
percaya bahawa beliau sengaja membangkitkan perasaan ini. Kami tidak
mengira bahawa peribadi Sarah yang mulia akan terpedaya dengan sikap
egoisme. Bukankah ia sendiri yang menikahkan Nabi Ibrahim dengan Hajar,
pembantunya agar ia mendapatkan keturunan? Ia menyedari bahawa dirinya
wanita tua dan mandul. Ia sendiri yang menikahkannya dan membantu
pelaksanaannya. Ia telah memberikan dan mengabdikan dirinya kepada
seorang lelaki yang hatinya tiada dipenuhi dengan cinta kepada siapa pun
kecuali cinta kepada Penciptanya.
Allah s.w.t berfirman tentang Sarah dan Hajar:
"Rahmat
Allah dan keberkatan-Nya dicurahkan atas kamu, hai ahlul bait!
Sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Pemurah. (QS. Hud: 73)
Jadi,
masalahnya adalah bukan masalah kecemburuan antara sesama wanita, namun
ia adalah tugas yang diperintahkan oleh Allah s.w.t yang di dalamnya
tersembunyi hikmah-Nya. Barangkali Sarah lebih hairan daripada Hajar
ketika Nabi Ibrahim memerintahkannya untuk membawa anaknya Ismail dan
mengikutinya. "Ke mana engkau hai Ibrahim pergi?" Mungkin pertama-tama
Hajar yang bertanya kepadanya dan mungkin juga Sarah yang bertanya. Nabi
Ibrahim hanya terdiam dan akhirnya kedua wanita itu pun juga terdiam.
Di
sana terdapat hikmah yang tersembunyi di mana Nabi Ibrahim tidak
mengetahuinya dan Allah s.w.t tidak menjelaskan kepadanya. la tidak
mengetahui hai itu sebagaimana mereka berdua juga tidak mengetahuinya.
Jadi kedua-duanya hanya terdiam sebagai bentuk akhlak dari isteri-isteri
nabi. Inilah Hajar yang sendirian bersama anaknya di lembah yang
terasing dan tandus, di mana ia tidak mengetahui rahsia di balik tempat
itu. Inilah Ismail yang memulai perjalanannya menuju Allah s.w.t saat
masih menyusui. Ia mengalami ujian saat masih kecil dan juga ujian bagi
ayahnya, di mana ia mendapatkan seorang anak saat sudah tua. Nabi
Ibrahim menyedari bahawa manusia tidak memiliki sesuatu pun dalam
dirinya. Dan seseorang yang cinta kepada Allah s.w.t akan memberikan
dirinya kepada Allah s.w.t dan akan memberikan apa yang di sukai oleh
dirinya kepada Allah s.w.t tanpa harus diminta. Itu adalah hukum cinta
yang dalam. Kami tidak percaya bahawa Nabi Ibrahim mengetahui mengapa ia
harus meninggalkan Ismail dan ibunya di tempat itu. Kami tidak mengira
bahawa Allah s.w.t telah memberitahunya. Allah s.w.t hanya menurunkan
perintah dan Ibrahim hanya menaatinya. Di sinilah tampak kerasnya ujian
dan kesulitannya. Di sinilah cinta yang paling dalam diungkapkan, dan di
sinilah cinta yang murni dituangkan.
Allah s.w.t menguji
kekasih-Nya Ibrahim dengan suatu ujian yang sangat keras, di mana
umumnya para orang tua berat sekali melakukannya. Bukan bererti bahawa
cinta Allah s.w.t kepada Ibrahim dan cinta Ibrahim kepada-Nya menjadikan
Ibrahim tidak memiliki perasaan kemanusiaan. Kekuatan cintanya pada
Allah s.w.t justru menjadikan sebagai lautan dari perasaan kemanusiaan,
bahkan lautan yang tidak bertepi. Perasaan beliau terhadap Ismail lebih
besar, lebih lembut, dan lebih sayang dari perasaan ayah mana pun
terhadap anaknya. Meskipun demikian, beliau rela meninggalkannya di
tempat yang tandus kerana Allah s.w.t memerintahkan hal tersebut.
Terjadilah pergelutan dalam dirinya namun ia mampu melewati ujiannya dan
beliau memilih cinta Allah s.w.t daripada cinta anaknya.
Ketika
Nabi Ibrahim menampakkan kecintaan yang luar biasa dari yang seharusnya
kepada anaknya, maka Allah s.w.t memerintahkannya untuk menyembelihnya.
Allah s.w.t agar hanya Dia yang menjadi pusat cinta para nabi-Nya.
Barang siapa yang mencintai Allah s.w.t, maka ia pun harus mencintai
kebenaran dan orang yang mencintai kebenaran adalah orang memenuhi
hatinya dengan cinta kepada Penciptanya semata. Ismail mewarisi
kesabaran ayahnya. Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah s.w.t sebelumnya:
"Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang soleh" (QS. ash-Shaffat: 100)
Allah s.w.t menjawab:
"Maka Kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar." (QS. ash-Shaffat: 101)
Kesabaran
yang sama yang terdapat pada ayahnya, kebaikan yang sama, ketakwaan
yang sama, dan adab kenabian yang sama pula. Ismail mendapatkan ujian
yang pertama saat beliau kecil dan ujian itu berakhir saat Allah s.w.t
memancarkan zamzam dari kedua kakinya sehingga darinya ibunya minum dan
menyusuinya. Kemudian Ismail mendapatkan ujian yang kedua dalam hidupnya
saat ia menginjak masa muda:
"Maka tatkala anak itu sampai (pada
umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: Hai
anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu.
Maka fikirkanlah apa pendapatmu!' Ia menjawab: 'Hai bapakku, kerjakanlah
apa yang diperintahkan kepadamu: Insya Allah kamu akan mendapatiku
termasuk orang-orang yang sabar.'" (QS. ash-Shaffat: 102)
Apa
yang Anda kira terhadap jawapan si anak? Ia tidak bertanya tentang sifat
dari mimpi itu, dan ia tidak berdebat dengan ayahnya tentang kebenaran
mimpi itu, tetapi yang dikatakannya: "Wahai ayahku laksanakanlah apa
yang diperintahkan. "Janganlah engkau gelisah kerana aku dan janganlah
engkau menampakkan kesedihan dan keluh-kesah. "Engkau akan mendapatiku
termasuk orang-orang yang sabar." Demikianlah jawapan seorang anak yang
soleh terhadap ayahnya yang soleh. Itulah puncak dari kesabaran dari
seorang anak dan tentu orang tuanya lebih harus bersabar. Itu bagaikan
perlumbaan di antara keduanya untuk menguji siapa di antara mereka yang
paling sabar. Perlumbaan yang tujuannya adalah meraih cinta Allah s.w.t.
Allah s.w.t berfirman:
"Dan
ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka) kisah Ismail (yang tersebut)
di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang benar janjinya,
dan dia adalah seorang rasul dan nabi. Dan ia menyuruh keluarganya untuk
bersembahyang dan menunaikan zakat, dan ia adalah seorang yang diredhai
di sisi Tuhannya." (QS. Maryam: 54-55)
Baitullah
Ismail
hidup di semenanjung Arab sesuai dengan kehendak Allah s.w.t. Ismail
memelihara kuda dan terhibur dengannya serta memanfaatkannya untuk
keperluannya. Sedangkan air zamzam sangat membantu orang- orang yang
tinggal di daerah itu. Kemudian sebahagian kafilah menetap di situ dan
sebahagian kabilah tinggal di tempat itu. Nabi Ismail tumbuh menjadi
dewasa dan menikah. Lalu ayahnya, Nabi Ibrahim, mengunjunginya dan tidak
menemukannya dalam rumah namun ia hanya mendapati isterinya. Nabi
Ibrahim bertanya kepadanya tentang kehidupan mereka dan keadaan mereka.
isterinya mengadukan padanya tentang kesempitan hidup dan kesulitannya.
Nabi Ibrahim berkata padanya: "Jika datang suamimu, maka perintahkan
padanya untuk mengubah gerbang pintunya."
Ketika Nabi Ismail
datang, dan isterinya menceritakan padanya perihal kedatangan seorang
lelaki, Ismail berkata: "Itu adalah ayahku dan ia memerintahkan aku
untuk meninggalkanmu, maka kembalilah engkau pada keluargamu." Kemudian
Nabi Ismail menikahi wanita yang kedua. Nabi Ibrahim mengunjungi isteri
keduanya dan bertanya kepadanya tentang keadaannya. Lalu ia menceritakan
padanya bahawa mereka dalam keadaan baik-baik dan dikurniai nikmat.
Nabi Ibrahim puas terhadap isteri ini dan memang ia sesuai dengan
anaknya. Barangkali Nabi Ibrahim menggunakan kemampuan spirituilnya dan
cahaya yang mampu menyingkap keghaiban yang dimilikinya. Nabi Ibrahim
menyiapkan Ismail untuk mengembang tugas yang besar. Yaitu tugas yang
membutuhkan kerja keras kemanusiaan seluruhnya dan waktunya seluruhnya
serta kenyamanannya seluruhnya.
Ismail menjadi besar dan mencapai
kekuatannya. Nabi Ibrahim mendatanginya. Tibalah saat yang tepat untuk
menjelaskan hikmah Allah s.w.t yang telah terjadi dari perkara-perkara
yang samar. Nabi Ibrahim berkata kepada Ismail: "Wahai Ismail,
sesungguhnya Allah s.w.t memerintahkan padaku suatu perintah" ketika
datang perintah pada Nabi Ibrahim untuk menyembelihnya, beliau
menjelaskan kepadanya persoalan itu dengan gamblang. Dan sekarang ia
hendak mengemukakan perintah lain yang sama agar ia mendapatkan
keyakinan bahawa Ismail akan membantunya. Kita di hadapan perintah yang
lebih penting daripada penyembelihan. Perintah yang tidak berkenaan
dengan peribadi nabi tetapi berkenaan dengan makhluk.
Ismail
berkata: "Laksanakanlah apa yang diperintahkan Tuhanmu padamu." Nabi
Ibrahim berkata: "Apakah engkau akan membantuku?" Ismail menjawab: "Ya,
aku akan membantumu." Nabi Ibrahim berkata: "Sesungguhnya Allah s.w.t
memerintahkan aku untuk membangun rumah di sini." Nabi Ibrahim
mengisyaratkan dengan tangannya dan menunjuk suatu bukit yang tinggi di
sana.
Selesailah pekerjaan itu. Perintah itu telah dilaksanakan
dengan berdirinya Baitullah yang suci. Itu adalah rumah yang pertama
kali dibangun untuk manusia di bumi. Ia adalah rumah pertama yang di
dalamnya manusia menyembah Tuhannya. Dan kerana Nabi Adam adalah manusia
yang pertama turun ke bumi, maka keutamaan pembangunannya kembali
padanya. Para ulama berkata: "Sesungguhnya Nabi Adam membangunnya dan ia
melakukan tawaf di sekelilingnya seperti para malaikat yang tawaf di
sekitar Arasy Allah s.w.t.
Nabi Adam membangun suatu khemah yang
di dalamnya ia menyembah Allah s.w.t. Adalah hal yang biasa bagi Nabi
Adam - sebagai seorang Nabi - untuk membangun sebuah rumah untuk
menyembah Allah s.w.t. Tempat itu dipenuhi dengan rahmat. Kemudian Nabi
Adam meninggal dan berlalulah abad demi abad sehingga rumah itu hilang
dan tersembunyi tempatnya. Maka Nabi Ibrahim mendapatkan perintah dari
Allah s.w.t untuk membangun kedua kalinya agar rumah itu tetap berdiri
sampai hari kiamat dengan izin Allah s.w.t. Nabi Ibrahim mulai membangun
Ka'bah. Ka'bah adalah sekumpulan batu yang tidak membahayakan dan tidak
memberikan manfaat. Ia tidak lebih dari sekadar batu. Meskipun
demikian, ia merupakan simbol tauhid Islam dan tempat penyucian kepada
Allah s.w.t. Nabi Adam memiliki tauhid yang tinggi dan Islam yang
mutlak. Nabi Ibrahim pun termasuk seorang Muslim yang tulus dan ia bukan
termasuk seorang musyrik.
Batu-batu rumah itu telah dibangun
dari ketenteraman hati Nabi Adam dan kedamaian Nabi Ibrahim serta
cintanya dan kesabaran Nabi Ismail serta ketulusannya. Oleh kerana itu,
ketika Anda memasuki Masjidil Haram Anda akan merasakan suatu gelombang
kedamaian yang sangat dalam. Terkadang pada kali yang pertama engkau
melihat dirimu dan tidak melihat rumah dan pemeliharanya. Dan barangkali
engkau melihat rumah pada kali yang kedua namun engkau tidak melihat
dirimu dan Tuhanmu. Ketika engkau pergi ke haji engkau tidak akan
melihat dirimu dan rumah itu yang engkau lihat hanya pemelihara rumah
itu. Ini adalah haji yang hakiki. Inilah hikmah yang pertama dari
pembangunan Ka'bah.
Allah s.w.t berfirman:
"Dan
(ingatlah), ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar baitullah
bersama Ismail (seraya berdoa): 'Ya Tuhan kami terimalah dari kami
(amalan kami), sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui. Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk dan
patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang
tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan
tempat-tempat ibadah haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya
Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. Ya Tuhan kami,
utuslah untuk mereka seorang rasul dari kalangan mereka, yang akan
membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka
al-Kitab (Al-Quran) dan al-Hikmah (as-Sunnah) serta menyucikan mereka.
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. " (QS.
al-Baqarah: 127-129)
Ka'bah terdiri dari batu-batuan yang ada di
bumi di mana ia dijadikan pondasi oleh Nabi Ibrahim dan Ismail. Sejarah
menceritakan bahawa ia pernah dihancurkan lebih dari sekali sehingga ia
pun beberapa kali dibangun kembali. Ia tetap berdiri sejak masa Nabi
Ibrahim sampai hari ini. Dan ketika Rasulullah saw diutus - sebagai
bukti pengabulan doa Nabi Ibrahim - beliau mendapat Ka'bah dibangun
terakhir kalinya, dan tenaga yang dicurahkan oleh orang-orang yang
membangunnya sangat terbatas di mana mereka tidak menggali dasarnya
sebagaimana Nabi Ibrahim menggalinya. Dari sini kita memahami bahawa
Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail mencurahkan tenaga keras yang tidak dapat
ditandingi oleh ribuan laki-laki. Rasulullah saw telah menegaskan bahawa
kalau bukan kerana kedekatan kaum dengan masa jahiliah dan kekhuatiran
orang- orang akan menuduhnya dengan berbagai tuduhan jika beliau
menghancurkannya dan membangunkannya kembali, nescaya beliau ingin
merobohkannya dan mengembalikannya ke pondasi Nabi Ibrahim.
Sungguh
kedua nabi yang mulia itu telah mencurahkan tenaga keras dalam
membangunnya. Mereka berdua menggali pondasi kerana dalamnya tanah yang
di bumi. Mereka memecahkan batu-batuan dari gunung yang cukup jauh dan
dekat, lalu setelah itu memindahkannya dan meratakannya serta
membangunnya. Tentu hal itu memerlukan tenaga keras dari beberapa lelaki
tetapi mereka berdua membangunnya bersama-sama. Kita tidak mengetahui
berapa banyak waktu yang digunakan untuk membangun Ka'bah sebagaimana
kita tidak mengetahui waktu yang digunakan untuk membuat perahu Nabi
Nuh. Yang penting adalah, bahawa perahu Nabi Nuh dan Ka'bah sama-sama
sebagai tempat perlindungan manusia dan tempat yang membawa keamanan dan
kedamaian. Ka'bah adalah perahu Nabi Nuh yang tetap di atas bumi
selama-lamanya. Ia selalu menunggu orang-orang yang menginginkan
keselamatan dari kedahsyatan angin taufan yang selalu mengancam setiap
saat.
Allah s.w.t tidak menceritakan kepada kita tentang waktu
pembangunan Ka'bah. Allah s.w.t hanya menceritakan perkara yang lebih
penting dan lebih bermanfaat. Dia menceritakan tentang kesucian jiwa
orang-orang yang membangunnya dan doa mereka saat membangunnya:
"Tuhan
kami, terimalah dari hand (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang
Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. " (QS. al- Baqarah: 127)
Itulah
puncak keikhlasan orang-orang yang ikhlas, ketaatan orang-orang yang
taat, ketakutan orang-orang yang takut, dan kecintaan orang-orang yang
mencintai:
"Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang
tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara cucu kami umat
yang tunduk patuh kepada Engkau." (QS. al-Baqarah:
128)
Sesungguhnya
kaum Muslim yang paling agung di muka bumi saat itu, mereka berdoa
kepada Allah s.w.t agar menjadikan mereka termasuk orang-orang yang
berserah diri pada-Nya. Mereka mengetahui bahawa hati manusia terletak
sangat dekat dengan ar-Rahman (Allah s.w.t). Mereka tidak akan mampu
menghindari tipu daya Allah s.w.t. Oleh kerana itu, mereka menampakkan
kemurnian ibadah hanya kepada Allah s.w.t, dan mereka membangun rumah
Allah s.w.t serta meminta pada- Nya agar menerima pekerjaan mereka.
Selanjutnya,
mereka meminta Islam (penyerahan diri) pada-Nya dan rahmat yang turun
pada mereka di mana mereka memohon kepada Allah s.w.t agar memberi
mereka keturunan dari umat Islam. Mereka ingin agar jumlah orang-orang
yang beribadah dan orang-orang yang sujud dan rukuk semakin banyak.
Sesungguhnya doa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail menyingkap isi had seorang
mukmin. Mereka membangun rumah Allah s.w.t dan pada saat yang sama
mereka disibukkan dengan urusan akidah (keyakinan). Itu mengisyaratkan
bahawa rumah itu sebagai simbol dari akidah.
"Dan tunjukkanlah
kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami, dan terimalah
taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha
Penyayang. " (QS. al-Baqarah: 128)
Perlihatkanlah kepada kami
cara ibadah yang Engkau sukai. Perlihatkanlah kepada kami bagaimana kami
menyembah-Mu di bumi. Dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkau
Maha Penerima taubat dan Maha Penyayang. Setelah itu, kepedulian mereka
melampaui masa yang mereka hidup di dalamnya. Mereka berdoa kepada Allah
s.w.t:
"Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka seorang rasul dari
kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau,
dan mengajarkan kepada mereka al-Kitab (Al-Quran) dan al-Hikmah
(as-Sunnah) serta menyucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha
Perkasa lagi Maha Bijaksana. " (QS. al-Baqarah: 129)
Akhirnya,
doa tersebut terkabul ketika Allah s.w.t. mengutus Muhammad bin Abdullah
saw. Doa tersebut terwujud setelah melalui masa demi masa. Selesailah
pembangunan Ka'bah dan Nabi Ibrahim menginginkan batu yang istimewa yang
akan menjadi tanda khusus di mana tawaf di sekitar Ka'bah akan dimulai
darinya. Ismail telah mencurahkan tenaga di atas kemampuan manusia
biasa. Beliau bekerja dengan sangat antusias sebagai wujud ketaatan
terhadap perintah ayahnya. Ketika beliau kembali, Nabi Ibrahim telah
meletakkan Hajar Aswad di tempatnya. "Siapakah yang mendatangkannya
(batu) padamu wahai ayahku?" Nabi Ibrahim berkata: "Jibril as yang
mendatangkannya." Selesailah pembangunan Ka'bah dan orang- orang yang
mengesakan Allah s.w.t serta orang-orang Muslim mulai bertawaf di
sekitarnya. Nabi Ibrahim berdiri dalam keadaan berdoa kepada Tuhannya
sama dengan doa yang dibacanya sebelumnya, yaitu agar Allah s.w.t
menjadikan had manusia cenderung pada tempat itu:
"Maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka. "(QS. Ibrahim: 37)
kerana
pengaruh doa tersebut, kaum Muslim merasakan kecintaan yang dalam untuk
mengunjungi Baitul Haram. Setiap orang yang mengunjungi Masjidil Haram
dan kembali ke negerinya ia akan merasakan kerinduan pada tempat itu.
Semakin jauh ia, semakin meningkat kerinduannya padanya. Kemudian,
datanglah musim haji pada setiap tahun, maka hati yang penuh dengan
cinta pada Baitullah akan segera melihatnya dan rasa hausnya terhadap
telaga zamzam akan segera terpuaskan. Dan yang lebih penting dari semua
itu adalah cinta yang dalam terhadap Tuhan, Baitullah dan telaga zamzam
yaitu, Tuhan alam semesta. Allah s.w.t berfirman berkenaan dengan
orang-orang yang mendebat Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail:
"Ibrahim
bukan seorang Yahudi dan bukan pula seorang Nasrani, akan tetapi dia
adalah seorang yang lurus lagi berserah diri (kepada Allah) dan
sekali-kali bukanlah dia termasuk golongan orang-orang musyrik. " (QS.
Ali 'Imran: 67)
Allah s.w.t mengabulkan doa Nabi Ibrahim dan
beliau yang pertama kali menamakan kita sebagai orang-orang Muslim.
Allah s.w.t berfirman:
"Dan Dia sekali-kali tidak menjadikan
untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu
Ibrahim. Dia telah menamai kamu sekalian orang-orang Muslim dan dahulu. "
(QS. al- Hajj: 78)