Allah SWT berkehendak untuk menciptakan Nabi Adam. Allah SWT berfirman kepada para malaikat:
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di bumi. " (QS. al- Baqarah: 30)
Terdapat
perbezaan pendapat berkenaan dengan makna khilafah (perihal menjadi
khalifah) Nabi Adam. Ada yang mengatakan, bahawa ia sebagai khalifah
dari kelompok manusia yang pertama-tama datang ke bumi di mana kelompok
ini membuat kerosakan dan menumpahkan darah di dalamnya. Ada yang
mengatakan, bahawa ia adalah khalifatullah, dengan pengertian bahawa ia
sebagai khalifah (utusan Allah) dalam melaksanakan perintah-perintah-Nya
dan hukum-hukum-Nya, kerana ia adalah utusan Allah yang pertama.
Demikianlah yang kami yakini.
Abu Dzar bertanya kepada Rasulullah
s.a.w tentang Nabi Adam: "Apakah ia sebagai nabi yang diutus?" Beliau
menjawab: "Benar." Beliau ditanya: "Ia menjadi rasul bagi siapa?
Sementara di bumi tidak ada seorang pun?" Beliau menjawab: "Ia menjadi
rasul bagi anak-anaknya."
Tabir penciptaan disingkap di tengah-tengah para malaikat-Nya. Allah SWT berfirman:
"Ingatlah
ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: 'Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di muka bumi' Mereka berkata: 'Mengapa
Engkau hendak menjadikan khalifah di bumi itu orang yang akan membuat
kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal Kami senantiasa
bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau ?'
Tuhan berfirman: 'Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.'" (QS. al-Baqarah: 30)
Berkenaan
dengan ayat tersebut, para mufasir memberikan komentar yang beragam.
Dalam tafsir al-Manar disebutkan: "Sesungguhnya ayat- ayat ini termasuk
ayat-ayat mutasyabihat yang tidak dapat ditafsirkan zahirnya. Sebab, di
lihat dari ketentuan dialog (at-Takhathub) ia mengandung konsultasi dari
Allah SWT. Tentu yang demikian itu mustahil bagi-Nya. Di samping itu,
ia juga mengandung pemberitahuan dari-Nya kepada para malaikat yang
kemudian diikuti dengan penentangan dan perdebatan dari mereka. Hal
seperti ini tidak layak bagi Allah SWT dan bagi para malaikat-Nya. Saya
lebih setuju untuk mengalihkan makna cerita tersebut pada sesuatu yang
lain."
Sedangkan dalam tafsir al-Jami' li Ahkamil Qur'an
disebutkan: "Sesungguhnya Allah telah memberitahukan kepada para
malaikat-Nya, bahawa jika Dia menjadikan ciptaan di muka bumi maka
mereka akan membuat kerosakan dan menumpahkan darah." Ketika Allah
berfirman:
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi, " (QS. al-Baqarah: 30)
Mereka
bertanya: "Apakah ini adalah khalifah yang Engkau ceritakan kepada kami
bahawa mereka akan membuat kerosakan di muka bumi dan menumpahkan
darah, ataukah khalifah selainnya?" Dalam tafsir Fi Zhilalil Qur'an
disebutkan: "Sesungguhnya para malaikat melalui fitrah mereka yang suci
yang tidak membayangkan kecuali kebaikan dan kesucian, mereka mengira
bahawa tasbih dan menguruskan Allah adalah puncak dari segala wujud.
Puncak ini terwujud dengan adanya mereka, sedangkan pertanyaan mereka
hanya menggambarkan kehairanan mereka, bukan berasal dari penentangan
atau apa pun juga."
Kita melihat bagaimana para mufasir
berijtihad untuk menyingkap hakikat, lalu Allah SWT menyingkapkan
kedalaman dari Al-Quran pada masing-masing dari mereka. Kedalaman
Al-Quran sangat mengagumkan. Kisah tersebut disampaikan dalam gaya
dialog, suatu gaya yang memiliki pengaruh yang kuat. Tidakkah Anda
melihat bahawa Allah SWT berfirman:
"Kemudian Dia menuju langit
dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya dan
kepada bumi: Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan suka
hati atau terpaksa.' Keduanya menjawab: 'Kami datang dengan suka hati.'"
(QS. Fushshilat: 11)
Apakah seseorang membayangkan bahawa Allah
SWT berbicara dengan langit dan bumi, dan bumi dan langit pun
menjawabnya sehingga terjadi dialog ini di antara mereka? Sesungguhnya
Allah SWT memerintahkan langit dan bumi sehingga keduanya taat. Allah
SWT menggambarkan apa yang terjadi dengan gaya dialog hanya untuk
meneguhkan dalam fikiran dan menegaskan maknanya serta penjelasannya.
Penggunaan gaya dramatis dalam kisah Nabi Adam mengisyaratkan makna yang
dalam.
Kita membayangkan bahawa Allah SWT ketika menetapkan
penciptaan Nabi Adam, Dia memberitahukan kepada malaikat-Nya dengan
tujuan agar mereka bersujud kepadanya, bukan dengan tujuan mengambil
pendapat mereka atau bermusyawarah dengan mereka. Maha Suci Allah SWT
dari hal yang demikian itu. Allah SWT memberitahukan mereka bahawa Dia
akan menjadikan seorang hamba di muka bumi, dan bahawa khalifah ini akan
mempunyai keturunan dan cucu-cucu, di mana mereka akan membuat
kerosakan di muka bumi dan menumpahkan darah di dalamnya. Lalu para
malaikat yang suci mengalami kebingungan. Bukankah mereka selalu
bertasbih kepada Allah dan mensucikan-Nya, namun mengapa khalifah yang
terpilih itu bukan termasuk dari mereka? Apa rahsia hal tersebut, dan
apa hikmah Allah dalam masalah ini? Kebingungan malaikat dan keinginan
mereka untuk mendapatkan kemuliaan sebagai khalifah di muka bumi, dan
kehairanan mereka tentang penghormatan Adam dengannya, dan masih banyak
segudang pertanyaan yang tersimpan dalam diri mereka. Namun Allah SWT
segera menepis keraguan mereka dan kebingungan mereka, dan membawa
mereka menjadi yakin dan berserah diri. Firman-Nya:
"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui." (QS. al-Baqarah: 30)
Ayat
tersebut menunjukkan keluasan ilmu Allah SWT dan keterbatasan ilmu para
malaikat, yang kerananya mereka dapat berserah diri dan meyakini
kebenaran kehendak Allah. Kita tidak membayangkan terjadinya dialog
antara Allah SWT dan para malaikat sebagai bentuk pengutusan terhadap
Allah dan penghormatan terhadap para malaikat- Nya. Dan kita meyakini
bahawa dialog terjadi dalam diri malaikat sendiri berkenaan dengan
keinginan mereka untuk mengembang khilafah di muka bumi, kemudian Allah
SWT memberitahu mereka bahawa tabiat mereka bukan disiapkan untuk hal
tersebut.
Sesungguhnya tasbih pada Allah SWT dan menyucikan-Nya
adalah hal yang sangat mulia di alam wujud, namun khilafah di muka bumi
bukan hanya dilakukan dengan hal itu. Ia memerlukan karakter yang lain,
suatu karakter yang haus akan pengetahuan dan lumrah baginya kesalahan.
Kebingungan atau kehairanan ini, dialog yang terjadi dalam jiwa para
malaikat setelah diberitahu tentang penciptaan Nabi Adam, semua ini
layak bagi para malaikat dan tidak mengurangi kedudukan mereka sedikit
pun. Sebab, meskipun kedekatan mereka dengan Allah SWT dan penyembahan
mereka terhadap-Nya serta penghormatan-Nya kepada mereka, semua itu
tidak menghilangkan kedudukan mereka sebagai hamba Allah SWT di mana
mereka tidak mengetahui ilmu Allah SWT dan hikmah-Nya yang tersembunyi,
serta alam ghaibnya yang samar. Mereka tidak mengetahui hikmah-Nya yang
tinggi dan sebab-sebab perwujudannya pada sesuatu.
Setelah
beberapa saat para malaikat akan memahami bahawa Nabi Adam adalah
ciptaan baru, di mana dia berbeza dengan mereka yang hanya bertasbih dan
menyucikan Allah, dan dia pun berbeza dengan haiwan- haiwan bumi dan
makhluk-makhluk yang ada di dalamnya yang hanya menumpahkan darah dan
membuat kerosakan. Sesungguhnya Nabi Adam akan menjadi ciptaan baru dan
keberadaannya disertai dengan hikmah yang tinggi yang tidak ada seorang
pun mengetahuinya kecuali Allah SWT.
Allah SWT berfirman:
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali untuk menyembah kepada-Ku." (QS. adz-Dzariyat: 56)
Ibnu
Abbas membaca ayat tersebut: "Liya'rifuun" (agar mereka mengenal Aku).
Pengetahuan merupakan tujuan dari penciptaan manusia. Dan barangkali
pendekatan yang terbaik berkenaan dengan tafsir ayat tersebut adalah apa
yang disampaikan oleh Syekh Muhammad Abduh: "Dialog yang terdapat dalam
ayat tersebut adalah urusan Allah SWT dengan para malaikat-Nya di mana
Dia menggambarkan kepada kita dalam kisah ini dengan ucapan, pertanyaan,
dan jawapan. Kita tidak mengetahui hakikat hal tersebut. Tetapi kita
mengetahui bahawa dialog tersebut tidak terjadi sebagaimana lazimnya
yang dilakukan oleh sesama kita, manusia."
Para malaikat
mengetahui bahawa Allah SWT akan menciptakan khalifah di muka bumi.
Allah SWT menyampaikan perintah-Nya kepada mereka secara terperinci. Dia
memberitahukan bahawa Dia akan menciptakan manusia dari tanah. Maka
ketika Dia menyempurnakannya dan meniupkan roh di dalamnya, para
malaikat harus bersujud kepadanya. Yang harus difahami bahawa sujud
tersebut adalah sujud penghormatan, bukan sujud ibadah, kerana sujud
ibadah hanya diperuntukkan kepada Allah SWT.
Allah SWT berfirman:
"Ingatlah
ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: 'Sesungguhnya Aku akan
menciptakan manusia dari tanah.' Maka apabila telah Kusempurnakan
kejadiannya dan Kutiupkan kepadanya roh (ciptaan)Ku; hendaklah kamu
bersyukur dengan bersujud kepadanya. ' Lalu seluruh malikat itu bersujud
semuanya, kecuali Iblis. Dia menyombongkan diri dan dia termasuk
orang-orang yang kafir. " (QS. Shad: 71-74)
Allah SWT
mengumpulkan segenggam tanah dari bumi; di dalamnya terdapat yang
berwarna putih, hitam, kuning, coklat dan merah. Oleh kerana itu,
manusia memiliki beragam warna kulit. Allah SWT mencampur tanah dengan
air sehingga menjadi tanah liat kering yang berasal dari lumpur hitam
yang diberi bentuk. Dari tanah inilah Allah menciptakan Nabi Adam. Allah
SWT menyempurnakannya dengan kekuasaan-Nya lalu meniupkan roh-Nya di
dalamnya, kemudian bergeraklah tubuh Nabi Adam dan tanda kehidupan mulai
ada di dalamnya.
Selanjutnya, Nabi Adam membuka kedua matanya
dan ia melihat para malaikat semuanya bersujud kepadanya, kecuali satu
makhluk yang berdiri di sana. Nabi Adam tidak tahu siapakah makhluk yang
tidak mahu bersujud itu. Ia tidak mengenal namanya. Iblis berdiri
bersama para malaikat tetapi ia bukan berasal dari golongan mereka.
Iblis berasal dari kelompok jin. Allah SWT menceritakan kisah penolakan
Iblis untuk sujud kepada Nabi Adam pada beberapa surah. Allah SWT
berfirman:
"Allah berfirman: 'Hai Iblis, apa yang menghalangi
kamu sujud kepada yang telah Ku-ciptakan dengan kedua tangan-Ku. Apakah
kamu menyombongkan diri ataukah kamu merasa termasuk orang-orang yang
lebih tinggi? 'Iblis berkata: 'Aku lebih baik daripadanya, kerana Engkau
ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah.' Allah
berfirman: 'Maka keluarlah kamu dari syurga; sesungguhnya kamu adalah
orang yang terkutuk. Sesungguhnya kutukan-Ku tetap atasmu sampai hari
pembalasan.' Iblis berkata: 'Ya Tuhanku, bertangguhlah aku sampai hari
mereka dibangkitkan.' Allah berfirman: 'Sesungguhnya kamu termasuk
orang-orang yang diberi tangguh, sampai kepada hari yang telah
ditentukan waktunya (hari kiamat).' Iblis menjawab: 'Demi kekuasaan-Mu,
aku akan menyesatkan mereka semua, kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis
di antara mereka.'" (QS. Shad: 75-83)
Nabi Adam mengikuti
peristiwa yang terjadi di depannya. Ia merasakan suasana cinta, rasa
takut, dan kebingungan. Nabi Adam sangat cinta kepada Allah SWT yang
telah menciptakannya dan memuliakannya dengan memerintahkan para
malaikat-Nya untuk sujud kepadanya. Adam juga merasa takut saat melihat
Allah SWT marah terhadap iblis dan mengusirnya dari pintu rahmat-Nya. Ia
merasakan kebingungan ketika melihat makhluk ini yang membencinya,
padahal ia belum mengenalnya. Makhluk itu membayangkan bahawa ia lebih
baik dari Nabi Adam, padahal tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa
salah satu dari mereka lebih baik dibandingkan dengan yang lain.
Kemudian
alangkah anehnya alasan iblis. Ia membayangkan bahawa api lebih baik
dari tanah. Dari mana ia mendapatkan ilmu ini? Seharusnya ilmu ini
berasal dari Allah SWT kerana Dialah yang menciptakan api dan tanah dan
mengetahui mana di antara keduanya yang paling utama.
Dari dialog
tersebut, Nabi Adam mengetahui bahawa iblis adalah makhluk yang memakai
atribut keburukan dan sifat yang tercela. Ia meminta kepada Allah SWT
agar mengekalkannya sampai hari kebangkitan. Iblis tidak ingin mati.
Namun Allah SWT mengetahui bahawa ia akan tetap hidup sampai hari yang
ditentukan. Ia akan hidup sampai menjemput ajalnya dan kemudian mati.
Nabi Adam mengetahui bahawa Allah SWT telah melaknat iblis dan telah
mengusirnya dari rahmat-Nya. Akhirnya, Nabi Adam mengetahui musuh
abadinya. Nabi Adam bingung dengan kenekatan musuhnya dan kasih sayang
Allah SWT.
Barangkali ada seseorang yang bertanya kepada saya:
"Mengapa Anda tidak meyakini terjadi dialog antara Allah SWT dan para
malaikat-Nya dan Anda cenderung menakwilkan ayat-ayat tersebut,
sedangkan Anda menerima adanya dialog antara Allah dan iblis." Saya
jawab: "Sesungguhnya akal menunjukkan kita kepada kesimpulan tersebut.
Terjadinya dialog antara Allah SWT dan para malaikat-Nya adalah hal yang
mustahil kerana para malaikat suci dari kesalahan dan dosa dan
keinginan-keinginan manusiawi yang selalu mencari ilmu. Sesuai dengan
karakter penciptaan mereka, mereka adalah pasukan yang setia dan mulia.
Adapun iblis ia terikat dan tunduk terhadap ketentuan agama, dan
karakternya sebagai jin mendekati karakter jenis ciptaan Nabi Adam.
Dengan kata lain, bahawa jin dapat beriman dan dapat juga menjadi kafir.
Sesungguhnya kecenderungan agama mereka dapat saja tidak berfungsi
ketika mereka tertipu oleh kesombongan yang palsu sehingga mereka
mempunyai gambaran yang salah. Maka dari sisi inilah terjadi dialog.
Dialog di sini bererti kebebasan. Tabiat manusia dan jin cenderung untuk
menggunakan kebebasannya, sedangkan tabiat para malaikat tidak dapat
menggunakan kebebasan. Nabi Adam menyaksikan secara langsung - setelah
penciptaannya - kadar kebebasan yang Allah SWT berikan kepada
makhluk-Nya yang terkena tanggungjawab. Terjadinya pelajaran ini di
depan Nabi Adam mengandung maksud yang dalam.
Allah SWT tidak
pernah mencabut kebebasan yang diberikan-Nya kepada iblis. Namun pada
akhirnya, iblis tetap sebagai hamba yang kafir. Iblis benar-benar
menolak untuk sujud kepada Nabi Adam. Allah SWT mengetahui bahawa ia
akan menolak untuk sujud kepada Nabi Adam dan akan menentang-Nya. Bisa
saja Allah SWT menghancurkannya atau mengubahnya menjadi tanah namun
Allah memberikan kebebasan kepada makhluk-makhluk-Nya yang dibebani
tanggung jawab. Dia memberikan kepada mereka kebebasan mutlak sehingga
mereka bisa saja menolak perintah-Nya. Tetapi yang perlu diperhatikan
bahawa keingkaran orang-orang kafir dan orang-orang yang bermaksiat
kepada- Nya tidak bererti mengurangi kebesaran kerajaan-Nya dan
sebaliknya, keimanan orang-orang mukmin dan kepatuhan orang-orang yang
taat tidak bererti menambah kebesaran kekuasaan-Nya. Semua itu kembali
kepada mereka.
Adam menyedari bahawa kebebasan di alam wujud
adalah merupakan kurniaan yang Allah SWT berikan kepada makhluk-Nya.
Allah SWT memberikan balasan yang setimpal atas penggunaan kebebasan
itu. Setelah mempelajari pelajaran kebebasan, Nabi Adam mempelajari
pelajaran kedua dari Allah SWT, yaitu ilmu. Nabi Adam mengetahui bahawa
iblis adalah simbol kejahatan di alam wujud. Sebagaimana ia mengetahui
bahawa para malaikat adalah simbol kebaikan, sementara ia belum mengenal
dirinya saat itu. Kemudian Allah SWT memberitahukan kepadanya tentang
hakikatnya, hikmah penciptaannya, dan rahsia penghormatannya. Allah SWT
berfirman:
"Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya. " (QS. al-Baqarah: 31)
Allah
SWT memberinya rahsia kemampuan untuk meringkas sesuatu dalam
simbol-simbol dan nama-nama. Allah SWT mengajarinya untuk menamakan
benda-benda: ini burung, ini bintang, ini pohon, ini awan, dan
seterusnya. Nabi Adam mempelajari semua nama-nama tersebut. Yang di
maksud dengan nama-nama di sini adalah ilmu dan pengetahuan. Allah SWT
menanamkan pengetahuan yang luas dalam jiwa Nabi Adam dan keinginan yang
terus mendorongnya untuk mengetahui sesuatu. Hasrat untuk menggali ilmu
dan belajar juga diwariskan kepada anak- anaknya Nabi Adam. Inilah
tujuan dari penciptaan Nabi Adam dan inilah rahsia di balik penghormatan
para malaikat kepadanya. Setelah Nabi Adam mempelajari nama
benda-benda; kekhususannya dan kemanfaatannya, Allah SWT menunjukkan
benda-benda tersebut atas para malaikat-Nya dan berkata:
"Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar. " (QS. al-Baqarah: 31)
Yang
dimaksud adalah kebenaran mereka untuk menginginkan khilafah. Para
malaikat memperhatikan sesuatu yang ditunjukkan oleh Allah SWT kepada
mereka, namun mereka tidak mengenali nama-namanya. Mereka mengakui di
hadapan Allah SWT tentang kelemahan mereka untuk menamai benda-benda
tersebut atau memakai simbol-simbol untuk mengungkapkannya. Para
malaikat berkata sebagai bentuk pengakuan terhadap ketidakmampuan
mereka:
"Maha Suci Engkau." (QS. al-Baqarah: 32)
Yakni, kami menyucikan-Mu dan mengagungkan-Mu.
"Tidak
ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada
Kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
(QS. al-Baqarah: 32)
Yakni, mereka mengembalikan semua ilmu kepada Allah SWT. Allah SWT berkata kepada Adam:
"Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini." (QS. al-Baqarah: 33)
Kemudian
Nabi Adam memberitahu mereka setiap benda yang Allah SWT tunjukkan
kepada mereka dan mereka tidak mengenali nama-namanya:
"Dan Dia
mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian
mengemukakannya kepada para malaikat itu lalu berfirman: 'Sebutkanlah
kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar.'
Mereka menjawab:
'Maha Suci Engkau. Tidak ada yang kami ketahui
selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada Kami. Sesungguhnya
Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Allah berfirman:
'Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini.' Maka
setelah diberitahukannya kepada mereka nama benda-benda itu, Allah
berfirman: 'Bukankah sudah Kukatakan kepadamu, bahawa sesungguhnya Aku
mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu nyatakan
dan apa yang kamu sembunyikan?'"(QS. al-Baqarah: 31-33)
Allah SWT
ingin berkata kepada para malaikat, bahawa Dia mengetahui kehairanan
yang mereka tunjukkan, ketika Dia memberitahu mereka tentang penciptaan
Nabi Adam sebagaimana Dia mengetahui kebingungan yang mereka sembunyikan
dan sebagaimana juga Dia mengetahui kemaksiatan dan pengingkaran yang
disembunyikan oleh iblis.
Para malaikat menyedari bahawa Nabi
Adam adalah makhluk yang mengetahui sesuatu yang tidak mereka ketahui.
Ini adalah hal yang sangat mulia. Dan para malaikat mengetahui, mengapa
Allah memerintahkan mereka untuk bersujud kepadanya sebagaimana mereka
memahami rahsia penciptaannya sebagai khalifah di muka bumi, di mana ia
akan menguasainya dan memimpin di dalamnya dengan ilmu dan pengetahuan.
Yaitu, pengetahuan terhadap Sang Pencipta yang kemudian dinamakan dengan
Islam atau iman. Para malaikat pun mengetahui sebab-sebab kemakmuran
bumi dan pengubahannya dan penguasaannya, serta semua hal yang berkenaan
dengan ilmu-ilmu mated di muka bumi.
Adalah hal yang maklum
bahawa kesempurnaan manusia tidak akan terwujud kecuali dengan
pencapaian ilmu yang dengannya manusia dapat mengenal Sang Pencipta, dan
ilmu-ilmu yang berkenaan dengan alam. Jika manusia berhasil di satu
sisi, namun gagal di sisi yang lain maka ia laksana burung yang terbang
dengan sayap satu di mana setiap kali ia terbang sayap yang lain
mencegahnya.
Nabi Adam mengetahui semua nama-nama dan terkadang
ia berbicara bersama para malaikat, namun para malaikat disibukkan
dengan ibadah kepada Allah SWT. Oleh kerana itu, Adam merasa kesepian.
Kemudian Adam tidur dan tatkala ia bangun ia mendapati seorang perempuan
yang memiliki mata yang indah, dan tampak penuh dengan kasih sayang.
Kemudian terjadilah dialog di antara mereka:
Adam berkata:
"Mengapa kamu berada di sini sebelum saya tidur." Perempuan itu
menjawab: "Ya." Adam berkata: "Kalau begitu, kamu datang di
tengah-tengah tidurku?" Ia menjawab: 'Ya." Adam bertanya: "Dari mana
kamu datang?" Ia menjawab: "Aku datang dari dirimu. Allah SWT
menciptakan aku darimu saat kamu tidur." Adam bertanya: "Mengapa Allah
menciptakan kamu?" Ia menjawab: "Agar engkau merasa tenteram denganku."
Adam berkata: "Segala puji bagi Allah. Aku memang merasakan kesepian."
Para
malaikat bertanya kepada Adam tentang namanya. Nabi Adam menjawab:
"Namanya Hawa." Mereka bertanya: "Mengapa engkau menamakannya Hawa,
wahai Adam?" Adam berkata: "kerana ia diciptakan dariku saat aku dalam
keadaan hidup."
Nabi Adam adalah makhluk yang suka kepada
pengetahuan. Ia membagi pengetahuannya kepada Hawa, di mana ia
menceritakan apa yang diketahuinya kepada pasangannya itu, sehingga Hawa
mencintainya. Allah SWT berfirman:
"Dan Kami berfirman: 'Hai
Adam, tinggallah kamu dan isterimu di syurga ini, dan makanlah
makanan-makanannya yang banyak lagi baik di mana saja yang kamu sukai,
dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk
orang-orang yang zalim.'" (QS. al- Baqarah: 35)
Kita tidak
mengetahui tempat syurga ini. Al-Quran tidak membicarakan tempatnya, dan
para mufasir berbeza pendapat tentang hal itu. Sebahagian mereka
berkata: "Itu adalah syurga yang bakal dihuni oleh manusia (jannah
al-Ma'wa) dan tempatnya di langit." Namun sebahagian lagi menolak
pendapat tersebut. Sebab jika ia adalah jannah al-Ma'wa maka iblis tidak
dapat memasukinya dan tidak akan terjadi kemaksiatan di dalamnya.
Sebahagian lagi mengatakan: "Ia adalah syurga yang lain, yang Allah
ciptakan untuk Nabi Adam dan Hawa." Bahkan ada juga yang berpendapat
bahawa ia adalah syurga (taman) dari taman-taman bumi yang terletak di
tempat yang tinggi. Dan sekelompok mufasir yang lain menganjurkan agar
kita menerima ayat tersebut apa adanya dan menghentikan usaha untuk
mencari hakikatnya. Kami sendiri sependapat dengan hal ini. Sesungguhnya
pelajaran yang dapat kita ambil berkenaan dengan penentuan tempatnya
tidak sedikit pun menyamai pelajaran yang dapat kita ambil dari apa yang
terjadi di dalamnya.
Nabi Adam dam Hawa memasuki syurga dan di
sana mereka berdua merasakan kenikmatan manusiawi semuanya. Di sana
mereka juga mengalami pengalaman-pengalaman yang berharga. Kehidupan
Nabi Adam dan Hawa di syurga dipenuhi dengan kebebasan yang tak
terbatas. Dan Nabi Adam mengetahui makna kebahagiaan yang ia rasakan
pada saat ia berada di syurga bersama Hawa. Ia tidak lagi mengalami
kesepian. Ia banyak menjalin komunikasi dengan Hawa. Mereka menikmati
nyanyian makhluk, tasbih sungai-sungai, dan muzik alam sebelum ia
mengenal bahawa alam akan disertai dengan penderitaan dan kesedihan.
Allah SWT telah mengizinkan bagi mereka untuk mendekati segala sesuatu
dan menikmati segala sesuatu selain satu pohon, yang barangkali ia
adalah pohon penderitaan atau pohon pengetahuan. Allah SWT berkata
kepada mereka sebelum memasuki syurga:
"Dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.'" (QS. al-Baqarah: 35)
Nabi
Adam dan Hawa mengerti bahawa mereka dilarang untuk memakan sesuatu
dari pohon ini, namun Nabi Adam adalah manusia biasa, dan sebagai
manusia ia lupa dan hatinya berbolak-balik serta tekadnya melemah. Maka
iblis memanfaatkan kemanusiaan Nabi Adam dan mengumpulkan segala
kedengkiannya yang disembunyikan dalam dadanya. Iblis terus berusaha
membangkitkan waswas dalam diri Nabi Adam.
Apakah aku akan
menunjukkan kepadamu pohon keabadian dan kekuasaan yang tidak akan
sirna? Nabi Adam bertanya-tanya dalam dirinya. Apa yang akan terjadi
seandainya ia memakan buah tersebut, barangkali itu benar-benar pohon
keabadian. Nabi Adam memang memimpikan untuk kekal dalam kenikmatan dan
kebebasan yang dirasakannya dalam syurga.
Berlalulah waktu di
mana Nabi Adam dan Hawa sibuk memikirkan pohon itu. Kemudian pada suatu
hari mereka menetapkan untuk memakan pohon itu. Mereka lupa bahawa Allah
SWT telah mengingatkan mereka agar tidak mendekatinya. Mereka lupa
bahawa iblis adalah musuh mereka sejak dahulu. Nabi Adam menghulurkan
tangannya ke pohon itu dan memetik salah satu buahnya dan kemudian
memberikannya kepada Hawa. Akhirnya mereka berdua memakan buah terlarang
itu.
Allah SWT berfirman:
"Dan derhakalah Adam kepada Tuhan dan sesatlah ia." (QS. Thaha: 121)
Tidak
benar apa yang disebutkan oleh kitab-kitab kaum Yahudi bahawa Hawa
menggoda Nabi Adam yang kerananya ia bertanggungjawab terhadap pemakanan
buah itu. Nas Al-Quran tidak menyebut Hawa, namun ia menyebut Nabi Adam
sebagai orang yang bertanggungjawab atas apa yang terjadi. Demikianlah
setan disalahkan dan Nabi Adam juga disalahkan kerana kesombongan. Salah
seorang dari mereka menghina manusia, dan yang lain ingin menjadi
tandingan bagi Allah SWT dalam hal kekekalan.
Belum selesai Nabi
Adam memakan buah tersebut sehingga ia merasakan penderitaan, kesedihan,
dan rasa malu. Berubahlah keadaan di sekitarya dan berhentilah muzik
indah yang memancar dari dalam dirinya. Ia mengetahui bahawa ia tak
berpakaian, demikian juga isterinya. Akhirnya, ia mengetahui bahawa ia
seorang lelaki dan bahawa isterinya seorang wanita. Ia dan isterinya
mulai memetik daun-daun pohon untuk menutup tubuh mereka yang terbuka.
Kemudian Allah SWT mengeluarkan perintah agar mereka turun dari syurga.
Nabi
Adam dan Hawa turun ke bumi. Mereka keluar dari syurga. Nabi Adam dalam
keadaan sedih sementara Hawa tidak henti-hentinya menangis. kerana
ketulusan taubat mereka, akhirnya Allah SWT menerima taubat mereka dan
Allah SWT memberitahukan kepada mereka bahawa bumi adalah tempat mereka
yang asli, di mana mereka akan hidup di dalamnya, mati di atasnya, dan
akan dibangkitkan darinya pada hari kebangkitan. Allah SWT berfirman:
"Di bumi itu kamu hidup dan di bumi itu kamu mati, dan dari bumi itu (pula) kamu akan dibangkitkan. " (QS. al-A'raf: 25)
Kemudian
Allah SWT menceritakan kisah tentang pelajaran ketiga yang diperoleh
Nabi Adam selama keberadaannya di syurga dan setelah keluarnya ia
darinya dan turunnya ia ke bumi.
Allah SWT berfirman:
"Dan
Sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa
(akan perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya kemahuan yang kuat.
Dan (ingatlah) ketika Kami berkata kepada malaikat: 'Sujudlah kamu
kepada Adam,' maka mereka sujud kecuali Iblis. la membangkang. Maka Kami
berkata: "Hai Adam, sesungguhnya ini (Iblis) adalah musuh bagimu dan
bagi isterimu, maka sekali-kali janganlah sampai ia mengeluarkan kamu
berdua dari syurga, yang menyebabkan kamu menjadi celaka. Sesungguhnya
kamu tidak akan kelaparan di dalamnya dan tidak akan telanjang, dan
sesungguhnya kamu tidak akan merasa dahaga dan tidak pula akan di timpa
panas matahari di dalamnya.' Kemudian setan membisikkan fikiran jahat
kepadanya, dengan berkata: 'Hai Adam, mahukah saya tunjukkan kepada kamu
pohon khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa ?' Maka keduanya
memakan dari buah pohon itu, lalu tampaklah bagi keduanya aurat-auratnya
dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun (yang ada di)
syurga, dan derhakalah Adam dan sesatlah ia. Kemudian Tuhannya
memilihnya maka Dia menerima taubatnya dan memberinya petunjuk. Allah
berfirman: 'Turunlah kamu berdua dari syurga bersama-sama, sebahagian
kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Maka jika datang kepadamu
petunjuk dari-Ku, lalu barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, ia tidak
akan sesat dan tidak akan celaka.'" (QS. Thaha: 115-123)
Sebahagian
orang menganggap bahawa Nabi Adam keluar dari syurga kerana
kesalahannya dan kemaksiatannya. Ini adalah anggapan yang tidak benar
kerana Allah SWT berkehendak menciptakan Nabi Adam di mana Dia berkata
kepada malaikat: "Sesungguhnya aku akan menjadikan seorang khalifah di
muka bumi." Dan Dia tidak mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya aku
akan menjadikan khalifah di syurga."
Tidaklah turunnya Nabi Adam
ke bumi sebagai penurunan penghinaan tetapi ia merupakan penurunan
kemuliaan sebagaimana dikatakan oleh kaum sufi. Allah SWT mengetahui
bahawa Nabi Adam dan Hawa akan memakan buah itu, dan selanjutnya mereka
akan turun ke bumi. Allah SWT juga mengetahui bahawa setan akan merampas
kebebasan mereka. Pengalaman merupakan dasar penting dari proses
menjadi khalifah di muka bumi agar Nabi Adam dan Hawa mengetahui -
begitu juga keturunan mereka - bahawa setan telah mengusir kedua orang
tua mereka dari syurga, dan bahawa jalan menuju syurga dapat dilewati
dengan ketaatan kepada Allah SWT dan permusuhan pada setan.
Apakah
dikatakan kepada kita bahawa manusia adalah makhluk yang terpaksa, dan
bahawa Nabi Adam terpaksa atau dipaksa untuk berbuat kesalahan sehingga
ia keluar dari syurga dan kemudian turun ke bumi? Sebenarnya anggapan
ini tidak kalah bodohnya dari anggapan pertama. Sebab, Nabi Adam
merasakan kebebasan sepenuhnya, yang kerananya ia mengembang tanggung
jawab dari perbuatannya. Ia derhaka dan memakan buah tersebut sehingga
Allah SWT mengeluarkannya dari syurga. Maksiat yang dilakukannya tidak
berlawanan dengan kebebasannya, bahkan keberadaannya yang asli bersandar
kepada kebebasannya. Alhasil, Allah SWT mengetahui apa yang bakal
terjadi. Dia mengetahui sesuatu sebelum terjadinya sesuatu itu.
Pengetahuan-Nya itu bererti cahaya yang menyingkap, bukan kekuatan yang
memaksa. Dengan kata lain, Allah SWT mengetahui apa yang akan terjadi,
tetapi Dia tidak mencegahnya atau mendorongnya agar terjadi. Allah SWT
memberikan kebebasan kepada hamba-hamba-Nya dan semua makhluk-Nya. Yang
demikian itu berkenaan dengan hikmah-Nya yang tinggi dalam memakmurkan
bumi dan mengangkat khalifah di dalamnya.
Nabi Adam memahami
pelajaran ketiga. Ia memahami bahawa iblis adalah musuhnya. Secara pasti
ia mengerti bahawa iblis adalah penyebab ia kehilangan nikmat dan
penyebab kehancurannya. Ia mengerti bahawa Allah SWT akan menyeksa
seseorang jika ia berbuat maksiat, dan bahawa jalan menuju ke syurga
dapat dilewati dengan ketaatan kepada Allah SWT. Ia memahami bahawa
Allah SWT menerima taubat, memaafkan, menyayangi, dan memilih. Allah SWT
mengajari mereka agar beristighfar dan mengucapkan:
"Ya Tuhan
kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak
mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescayalah pastilah kami
termasuk orang-orang yang merugi." (QS. al- A'raf: 23)
Allah SWT
menerima taubatnya dan memaafkannya serta mengirimnya ke bumi. Nabi
Adam adalah Rasul pertama bagi manusia. Mulailah kehidupan Nabi Adam di
bumi. Ia keluar dari syurga dan berhijrah ke bumi, dan kemudian ia
menganjurkan hal tersebut (hijrah) kepada anak-anaknya dan cucu-cucunya
dari kalangan nabi. Sehingga setiap nabi memulai dakwahnya dan menyuruh
kaumnya dengan cara keluar dari negerinya atau berhijrah. Di sana Nabi
Adam keluar dari syurga sebelum kenabiannya, sedangkan di sini (di bumi)
para nabi biasanya keluar (hijrah) setelah pengangkatan kenabian
mereka.
Nabi Adam mengetahui bahawa ia meninggalkan kedamaian
ketika keluar dari syurga. Di bumi ia harus menghadapi penderitaan dan
pergelutan, di mana ia harus menanggung kesulitan agar dapat makan, dan
ia harus melindungi dirinya dengan pakaian dan senjata, serta melindungi
isterinya dan anak-anaknya dari serangan binatang buas yang hidup di
bumi. Sebelum semua itu dan sesudahnya, ia harus meneruskan
pertempurannya dengan pangkal kejahatan yang menyebabkannya keluar dari
syurga, yaitu syaitan. Di bumi, syaitan membuat waswas kepadanya dan
kepada anak-anaknya sehingga mereka masuk dalam neraka Jahim.
Pertempuran antara pasukan kebaikan dan pasukan kejahatan di bumi tidak
akan pernah berhenti. Maka barang siapa yang mengikuti petunjuk Allah
SWT, ia tidak akan merasakan ketakutan dan kesedihan, dan barang siapa
yang bermaksiat kepada Allah SWT dan mengikuti makhluk api, iblis, maka
ia akan bersamanya di neraka.
Nabi Adam mengerti semua ini. Ia
menyedari bahawa penderitaan akan menyertai kehidupannya di atas bumi.
Satu-satunya yang dapat meringankan kesedihannya adalah, bahawa ia
menjadi penguasa di bumi, yang kerananya ia harus menundukkannya,
memakmurkannya, dan membangunnya serta melahirkan keturunan yang baik di
dalamnya, sehingga mereka dapat mengubah kehidupan dan membuatnya lebih
baik. Hawa melahirkan dalam satu perut seorang lelaki dan seorang
perempuan, dan pada perut berikutnya seorang lelaki dan seorang
perempuan, maka dihalalkan perkahwinan antara anak lelaki dari perut
pertama dengan anak perempuan dari perut kedua. Akhirnya, anak-anak Nabi
Adam menjadi besar dan menikah serta memenuhi bumi dengan keturunannya.
Nabi
Adam mengajak mereka untuk menyembah Allah SWT. Nabi Adam menyaksikan
kecenderungan pertama dari anaknya terhadap pangkal kejahatan, yaitu
iblis sehingga terjadilah kejahatan pembunuhan yang pertama kali di muka
bumi. Salah seorang anak Nabi Adam membunuh saudara kandungnya sendiri.
Anak yang jahat itu membunuh saudaranya yang baik. Allah berfirman:
"Ceritakanlah
kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang
sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka di terimalah
dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari
yang lain (Qabil). (QS. al-Maidah: 27)
Dikatakan bahawa pembunuh
ingin merebut isteri saudara kandungannya untuk dirinya sendiri. Nabi
Adam memerintahkan mereka berdua untuk menghadirkan korban lalu setiap
dari mereka menghadirkan korban yang dimaksud. Allah SWT menerima korban
dari salah satu dari mereka dan menolak korban yang lain:
"Ia
(Qabil) berkata: 'Aku pasti membunuhmu.' Berkata Habil: 'Sesungguhnya
Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa. Sungguh
kalau kamu menggerakkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku
sekali-kali tidak akan menggerakkan tanganku untuk membunuhmu.
Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan sekalian alam. (QS.
al-Maidah: 27-28)
Perhatikanlah bagaimana Allah SWT menyampaikan
kepada kita kalimat- kalimat yang diucapkan oleh anak Nabi Adam yang
terbunuh sebagai syahid, dan ia menyembunyikan kalimat-kalimat yang
diucapkan oleh si pembunuh. Si pembunuh mengangkat tangannya sambil
mengancam, namun calon korban pembunuhan itu berkata dengan tenang:
Sesungguhnya
aku ingin agar kamu kembali dengan membawa dosa membunuhku dan dosamu
sendiri, maka kamu akan menjadi penghuni neraka, dan yang demikian
itulah pembalasan bagi orang- orang yang lalim. " (QS. al-Maidah: 29)
Selesailah
percakapan antara mereka berdua dan anak yang jahat itu membiarkan anak
yang baik beberapa saat. Setelah beberapa hari, saudara yang baik itu
tidur di tengah-tengah hutan yang penuh dengan pohon. Di hutan itu,
keledai tua mati dan dagingnya dimakan oleh burung Nasar dan darahnya
ditelan oleh bumi. Yang tersisa hanya tulang belulang berserakan di
tanah. Kemudian saudaranya yang jahat membawanya menuju saudara
kandungnya yang sedang tidur, lalu ia mengangkat tangannya dan
menjatuhkan dengan keras dan cepat. Anak laki-laki baik itu tampak pucat
wajahnya ketika melihat darah mengucur darinya, lalu ia bangun. Ia
bermimpi saat tidur. Lalu si pembunuh menghantam saudaranya sehingga
tidak tampak lagi gerakan dari tubuhnya. Si pembunuh puas bahawa saudara
kandungnya benar-benar mati. Pembunuh itu berdiri di depan korban
dengan tenang dan tampak pucat wajahnya.
Rasulullah saw bersabda:
"Setiap orang yang membunuh jiwa yang tak berdosa maka anak Adam yang
pertama akan juga menanggung dosanya kerana ia yang pertama kali
mengajarkan pembunuhan." Si pembunuh terduduk di depan saudaranya dalam
keadaan berlumuran darah. Apa yang akan dikatakannya terhadap Nabi Adam,
ayahnya, jika ia bertanya kepadanya tentang hal itu. Nabi Adam
mengetahui bahawa mereka berdua keluar bersama-sama lalu mengapa ia
kembali sendinan. Seandainya ia mengingkari pembunuhan terhadap
saudaranya itu di depan ayahnya, maka di manakah ia dapat menyembunyikan
jasadnya, dan di mana ia dapat membuangnya? Saudaranya yang terbunuh
itu merupakan manusia yang pertama kali mad di muka bumi sehingga tidak
diketahui bagaimana cara menguburkan orang yang mati. Pembunuh itu
membawa jasad saudara kandungnya dan memikulnya. Tiba-tiba keheningan
itu dipecah dengan suara burung yang berteriak sehingga ia merasa
ketakutan. Pembunuh itu menoleh dan menemukan seekor burung gagak yang
berteriak di atas bangkai burung gagak yang mati. Burung gagak yang
hidup meletakkan bangkai burung gagak yang mad di atas tanah lalu ia
mulai menggali tanah dengan paruhnya dan kedua kakinya. Kemudian ia
mengangkatnya dengan paruhnya dan meletakkannya dengan lembut dalam
kuburan. Lalu ia menimbunkannya di atas tanah. Setelah itu, ia terbang
di udara dan kembali berteriak. Si pembunuh berdiri dan ia mundur untuk
meraih jasad saudara kandungnya dan kemudian berteriak:
"Berkata
Qabil: 'Aduhai, celaka aku, mengapa aku tidak mampu berbuat seperti
burung gagak ini, lalu aku dapat menguburkan saudaraku ini?" (QS.
al-Maidah: 31)
Ia mulai merasakan kesedihan yang sangat dalam
atas apa yang telah dilakukannya terhadap saudaranya. Ia segera
menyadari bahawa ia adalah orang yang paling buruk dan paling lemah. Ia
telah membunuh orang yang paling utama dan paling kuat. Anak Nabi Adam
berkurang satu dan iblis berhasil "mencuri" seorang anak Nabi Adam.
Bergetarlah tubuh si pembunuh dan ia mulai menangis dengan keras, lalu
ia menggali kuburan saudara kandungnya. Ketika mendengar kisah tersebut
Nabi Adam berkata:
"Ini adalah perbuatan syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang menyesatkan lagi nyata." (QS. al-Qashash: 15)
Nabi
Adam merasakan kesedihan mendalam atas hilangnya salah satu anaknya.
Salah seorang dari mereka mad dan yang lain dikuasai oleh syaitan. Nabi
Adam salat untuk anaknya yang mati, dan kemudian ia kembali menjalani
kehidupannya di muka bumi. Beliau adalah manusia yang bekerja dan
mengalami penderitaan. Seorang Nabi yang menasihati anak-anaknya dan
cucu-cucunya, serta mengajak mereka untuk menyembah Allah SWT. Beliau
menceritakan kejahatan iblis kepada mereka, dan meminta kepada mereka
agar berhati-hati darinya. Beliau menceritakan pengalaman pribadinya
bersama iblis kepada mereka, dan menceritakan kehidupannya bersama
anaknya yang tega membunuh saudara kandungnya sendiri.
Nabi Adam
telah menjadi dewasa, lalu tahun demi tahun datang silih berganti
sehingga anak-anaknya tersebar di bumi, lalu datanglah waktu malam di
atas bumi. Angin bertiup sangat kencang. Dan bergoncanglah daun-daun
pohon tua yang ditanam oleh Nabi Adam, di mana dahan- dahannya mendekati
danau sehingga buahnya menyentuh air danau. Dan ketika pohon itu
menjadi tegak setelah berlalunya angin, air mulai berjatuhan di antara
cabang-cabangnya dan tampak dari jauh bahawa pohon itu sedang menarik
dirinya (memisahkan diri) dari air dan menangis. Pohon itu sedih dan
dahan-dahannya bergoncang. Sementara itu, di langit tampak bahawa
bintang-bintang juga bergoncang. Cahaya bulan menerobos kamar Nabi Adam
sehingga cahaya itu menerpa wajah Nabi Adam. Wajah Nabi Adam tampak
lebih pucat dan lebih muram dari wajah bulan. Bulan mengetahui bahawa
Nabi Adam akan mati.
Kamar yang sederhana, kamarnya Nabi Adam.
Nabi Adam tertidur dengan janggutnya yang putih dan wajahnya yang
bersinar di atas tempat tidur dari dahan-dahan pohon dan bunga-bunga.
Anak-anaknya semua berdiri di sekelilingnya dan menunggu wasiatnya. Nabi
Adam berbicara dan memahamkan anak-anaknya bahawa hanya ada satu perahu
keselamatan bagi manusia, dan hanya ada satu senjata baginya yang dapat
menenangkannya. Perahu itu adalah petunjuk Allah SWT dan senjata itu
adalah kalimat-kalimat Allah SWT.
Nabi Adam menenangkan
anak-anaknya, bahawa Allah SWT tidak akan membiarkan manusia sendirian
di muka bumi. Sesungguhnya Dia akan mengutus para nabi untuk membimbing
mereka dan menyelamatkan mereka. Para nabi itu memiliki nama-nama,
sifat-sifat, dan mukjizat- mukjizat yang berbeza-beza. Tetapi mereka
dipertemukan dengan satu hal, yaitu mengajak untuk menyembah Allah SWT
semata.
Demikianlah wasiat Nabi Adam kepada anak-anaknya.
Akhirnya, Nabi Adam menutup kedua matanya, dan para malaikat memasuki
kamarnya dan mengelilinginya. Had Nabi Adam tersenyum ketika mendapatkan
kata salam yang dalam, dan rohnya mencium bau bunga syurga.