Allah s.w.t berfirman:
"Dan
ceritakanlah (Hai Muhammad kepada mereka kisah) Idris (yang tersebut)di
dalam Al-Qur'an. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan
dan seorang rasul. Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang
tinggi." (QS. Maryam: 56-57)
Kita tidak mengetahui bila Nabi
Idris hidup dan kepada kaum siapa dia diutus dan bagaimana Allah s.w.t
mengangkat darjatnya pada kedudukan yang tinggi.
Menurut dongeng
kuno disebutkan bahawa Nabi Idris adalah Uzairis, salah seorang pahlawan
Mesir kuno. Beliau dianggap sebagai Tuhan berhala. Izis, isterinya
memainkan peranan penting dalam mengembalikannya pada kehidupan. Kami
tidak memiliki suatu sumber yang otentik yang dapat kami percaya untuk
meneguhkan pendapat seputar Nabi Idris.
Barangkali Idris adalah
seorang Nabi yang dermawan dan mulia dan diutus di Mesir, lalu Allah
s.w.t mengangkatnya di sisi-Nya seperti Nabi Isa Ibnu Maryam. Ketika
beliau diangkat, terjadilah berbagai macam isu dan fitnah seputar beliau
dan kemudian beliau dijadikan sebagai Tuhan. Dan barangkali ada versi
lain seputar kisah itu.
Yang jelas Al-Qur'an al-Karim tidak
menyingkap kesamaran yang berhubungan dengan Nabi Idris. Yang kami
ketahui hanya bahawa beliau adalah seorang yang jujur, yang terpercaya,
dan seorang Nabi. Allah s.w.t mengangkatnya ke darjat yang tinggi di
sisi-Nya. ?
Nabi Idris a.s Bersama Malaikat Izrail
Suatu
ketika Nabi Idris a.s telah dikunjungi oleh Malaikat Izrail dan bertanya
Nabi Idris a.s katanya: "Hai malaikat Izrail, engkau datang ini untuk
mencabut nyawa atau untuk menziarah?." Kata Malaikat Izrail aku datang
untuk menziarah dengan izin Allah. Kata Nabi Idris kepada Malaikat
Izrail: "Hai Malaikat Izrail, saya ada keperluan dan kepentingan
kepadamu" Kata Malaikat Izrail "Kepentingan apa itu?" Jawab Nabi Idris
"Kepentingan denganmu iaitu supaya engkau mencabut nyawaku dan kemudian
Allah menghidupkan kembali sehingga aku dapat beribadah kepada Allah
setelah aku merasakan sakaratulmaut". Kata Malaikat Izrail sesungguhnya
aku tidak akan mencabut nyawa seseorang melainkan mendapat izin Allah.
Maka Allah memberi wahyu kepada kepada Malaikat Izrail agar dia mencabut
nyawa Nabi Idris, maka seketika itu Malaikat Izrail mencabut nyawa Nabi
Idris a.s. Maka Malaikat Izrail menangis atas kematian Nabi Idris
sambil memohon kepada Allah agar Allah menghidupkan kembali Nabi Idris
a.s.
Kemudian Allah mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka
Nabi Idris hidup kembali. Malaikat Izrail bertanya kepada Nabi Idris as.
"Hai saudaraku, bagaimana rasanya sakaratulmaut itu?. Kata Nabi Idris
a.s "Sesungguhnya rasa sakaratulmaut itu saya umpamakan binatang yang
hidup itu dilapah kulitnya (dibuang kulitnya semasa hidup-hidup) dan
begitulah rasanya sakaratulmaut bahkan lebih seribu kali sakit."
Kata
Malaikat Maut: "Secara halus dan berhati-hati aku mencabut nyawa yang
seperti itu selama-lamanya." Kemudian Nabi Idris a.s berkata lagi pada
Malaikat Maut: "Hai Malaikat Maut, saya ada keinginan lagi dengan engkau
iaitu saya ingin melihat Neraka Jahanam sehingga saya boleh beribadah
kepada Allah dengan bersungguh-sungguh setelah melihat belenggu,
rantai-rantai dan kala jengking yang menyengat orang-orang yang ada di
Neraka Jahanam." Kata Malaikat Maut "Bagaimana saya boleh pergi ke
Neraka Jahanam tanpa izin Allah".
Mala Allah memberi wahyu kepada
Malaikat Maut dengan firman: "Pergilah engkau ke Neraka Jahanam
bersama-sama Nabi Idris a.s". Malaikat Maut pun pergi ke Neraka Jahanam
bersama-sama Nabi Idris kemudian Idris melihat segala macam seksaan yang
diciptakan Allah untuk musuh-musuhNya yang berupa belenggu,
rantai-rantai daripada neraka dan kala jengking serta ular dengan
api-api yang menyala dan kayu zakum dan air yang sangat panas untuk
diminum oleh ahli neraka tersebut. Setelah kembali Nabi Idris berkata
lagi kepada Malaikat Maut. "Hai Malaikat Maut, saya ada keinginan lagi
dengamu iaitu saya ingin melihat syurga sehingga saya boleh tambah
meningkatkan amal ibadah," maka Malaikat Maut berkata "Bagaimana boleh
saya bersamamu ke dalam syurga tanpa izin Allah." Maka Allah memberi
izin pada Malaikat Maut untuk pergi berdua dan berhenti dekat pintu
syurga.
Maka Nabi Idris melihat di dalamnya nampak bermacam-macam
nikmat dan istana besar lagi indah dan beberapa anugerah yang berharga,
juga tumbuh-tumbuhan serta buah-buahan yang beraneka warna dan rasanya
berbeza-beza. Nabi Idris berkata "Hai saudaraku, saya telah merasakan
sakitnya sakaratulmaut, saya telah melihat Neraka Jahanam yang
didalamnya bermacam-macam rupa seksaan dan azab neraka maka mohonlah
engkau kepada Allah agar Allah mengizinkan saya untuk masuk syurga dan
minum airnya agar hilang rasa sakitnya sakaratulmaut di tenggkorakku ini
dan juga terhindar daripada seksaan Neraka Jahanam.
Maka
Malaikat Izrail minta izin kepada Allah lalu mengizinkannya, kemudian
masuklah meraka berdua ke alam syurga lalu keluar. Kemudian Nabi Idris
masuk lagi ke dalam syurga dan meletakkan seliparnya di bawah pokok kayu
di dalam syurga. Maka Nabi Idris berkata kepada Malaikat Izrail "Hai
Malaikat Maut, selipar saya tertinggal didalam syurga di bawah pokok
kayu, maka kembalikanlah saya ke dalam syurga," maka Nabi Idris masuk ke
syurga dan tidak mahu keluar lagi dari syurga. Maka berteriaklah
Malaikat Izrail memanggil Nabi Idris agar keluar dari syurga. "Hai
Idris, keluarlah engkau dari syurga." Maka Nabi Idris pun tidak mahu
keluar Allah s.w.t telah berfirman "Tiap-tiap orang mesti merasakan
sakaratul maut, sedang saya sudah merasakan sakaratulmaut. Dan Allah
s.w.t berfirman lagi maksudnya: "Tidak ada diantara kamu sekelian
kecuali mereka itu memasuki (neraka/syurga) sedang aku pernah memasuki
neraka dan Allah pun juga berfirman lagi maksudnya: "Dan tidaklah mereka
itu dikeluarkannya". (keluar daripada syurga).
"Siapakah yang
mengeluarkan saya dari syurga" sedangkan Allah telah memberi wahyu
kepada malaikat Maut. "Tinggalkanlah dia (Nabi Idris) sesungguhnya Aku
telah memutuskan dia di zaman azali dahulu bahawa sesungguhnya dia (Nabi
Idris) tergolong ahli dan penghuni syurga."
Dan Allah telah
berfirman kepada rasul-rasulNya tentang kisah Nabi Idris dalam firmanNya
yang bermaksud. "Dan ingatlah olehmu cerita-cerita dalam kitab Nabi
Idris a.s dan seterusnya."